................................................................................................................................................................................
    __________________________________________________________________________________
    __________________________________________________________________________________

15 April 2010

Telan air ludah ustaz!

Photobucket
Berbagai sumber yang boleh diyakini memaklumkan kepada saya bahawa di Selangor ada seorang tokoh agama yang mengadakan 'upacara' orang ramai menelan air liurnya untuk keberkatan.

Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!

Ada banyak perkara yang boleh ditanya.

Demikian mudah nama Ahlus Sunnah dipergunakan dan tidak pula dikenakan tindakan oleh JAIS.

Jika ditanya mungkin ustaz itu –jika dia tahu- akan berkata ada hadis Nabi s.a.w pernah meludah mata 'Ali bin 'Abi Talib sehingga sembuh sakit matanya.

Atau mungkin riwayat lain yang dipertikaikan kesabitannya yang menyatakan kononnya Rasulullah s.a.w pernah meludah ke dalam mulut kanak-kanak pada Hari 'Asyura untuk melatih mereka terus berpuasa.

Riwayat ini dipertikaikan oleh sebahagian sarjana hadis. (lihat: Silsilah al-Da'ifah hadis ke 6749).

Apapun, soalan yang wajar ditanya, apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya setaraf dengan Nabi s.a.w atau seberkat baginda s.a.w sehingga dia pun hendak menyuruh orang lain menelan ludahnya?

Para sahabah Nabi s.a.w seperti para khalifah al-Rasyidin, atau para sahabat lain yang dijamin buat mereka syurga mempunyai berbagai kelebihan atau fadilat mereka yang dinyatakan sendiri oleh Nabi s.a.w.

Begitupun tidak pernah pun para sahabat ini semasa atau selepas kewafatan Nabi s.a.w membuat majlis dalam masjid atau luar masjid memanggil orang ramai menelan air ludah mereka untuk mendapatkan berkat.

Apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya sudah sampai ke suatu tahap yang menyamai Nabi s.a.w dan dia pula diberikan lesen besar oleh Jabatan Agama untuk mempromosikan 'kesucian' air ludahnya itu?baca lagi...

butii: ok la tu telan air liur, kalau telan air arak baru tak boleh.

0 comments:

Post a Comment

Haram tetap HARAM!

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.