Kitab Raud al-Rayyahin Fi Hikayat al-Solihin merupakan kitab karangan al-Imam Afif al-Din Abu al-Sa'adat Abd Allah bin As'ad al-Yafi'i. Kitab ini menceritakan tentang hikayat- hikayat para ahli sufi seperti Zu al-Nun al-Misri, al-Junaid, al-Sirri al-Saqati, Malik bin Dinar dan banyak lagi yang jumlahnya sebanyak 500 hikayat. Ia terbahagi kepada 5 fasal di mana dua fasal untuk muqaddimah iaitu tentang kelebihan para wali, orang-orang solih, orang-orang faqir dan orang- orang miskin serta pensabitan karamah para wali, dua fasal untuk khatimah iaitu perbahasan tentang jawapan kepada orang -orang yang ingkar kepada beberapa hikayat serta keterangan tantang aqidah ahli sufi dan satu fasal untuk khatimatul khatimah yang menerangkan tentang aqidah tauhid yang sebenar. Bagi mereka yang menggemari hikayat-hikayat ahli sufi bolehlah menlazimi kitab ini kerana di dalamnya terdapat banyak hikayat-hikayat teladan dan keperibadian ahli sufi itu sendiri.