................................................................................................................................................................................
    __________________________________________________________________________________
    __________________________________________________________________________________

28 June 2010

40 Wahabi Masuk Umno

Photobucket

Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini.

Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing.

Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam ini adalah berasal daripada Kelantan.

Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara.

"Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.

Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap.malaysiakini

butii: tahniah Umno!

08 June 2010

Beri syor terbaik atasi judi haram

Photobucket

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pelbagai pihak terutama mereka yang mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara bola sepak diminta tampil memberi cadangan mengenai langkah mencegah kegiatan perjudian haram.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak-pihak tersebut diminta berbuat demikian bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan dalam membanteras kegiatan ekonomi hitam itu.
"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan kementerian dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Tahanan Arbitrari di bangunan Parlimen hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan bola sepak dengan alasan ia menggalakkan kegiatan perjudian.

Beliau berkata, langkah memberi lesen perjudian bola sepak itu dilaksanakan bagi membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia.

Awal tahun ini, kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn. Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung.

Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika berlangsungnya Piala Dunia.

"Kita harap pihak yang berkenaan juga dapat memberi pandangan bagi membantu kementerian menyelesaikan isu perjudian haram ini,'' katanya.Utusan

Butii: orang bukan Islam nak judi diharamkan, orang Islam pula beria-ia nak halalkan judi.. bertaubatlah wahai orang-orang Islam.

Haram tetap HARAM!

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.