................................................................................................................................................................................
    __________________________________________________________________________________
    __________________________________________________________________________________

28 June 2010

40 Wahabi Masuk Umno

Photobucket

Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini.

Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing.

Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam ini adalah berasal daripada Kelantan.

Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara.

"Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.

Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap.malaysiakini

butii: tahniah Umno!

08 June 2010

Beri syor terbaik atasi judi haram

Photobucket

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pelbagai pihak terutama mereka yang mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara bola sepak diminta tampil memberi cadangan mengenai langkah mencegah kegiatan perjudian haram.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak-pihak tersebut diminta berbuat demikian bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan dalam membanteras kegiatan ekonomi hitam itu.
"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan kementerian dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Tahanan Arbitrari di bangunan Parlimen hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan bola sepak dengan alasan ia menggalakkan kegiatan perjudian.

Beliau berkata, langkah memberi lesen perjudian bola sepak itu dilaksanakan bagi membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia.

Awal tahun ini, kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn. Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung.

Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika berlangsungnya Piala Dunia.

"Kita harap pihak yang berkenaan juga dapat memberi pandangan bagi membantu kementerian menyelesaikan isu perjudian haram ini,'' katanya.Utusan

Butii: orang bukan Islam nak judi diharamkan, orang Islam pula beria-ia nak halalkan judi.. bertaubatlah wahai orang-orang Islam.

09 May 2010

Remaja cedera ditembak

Oleh MUHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

Photobucket

TAMPIN 8 Mei – Tidak sampai dua minggu negara digemparkan dengan kematian Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam akibat ditembak polis, kini seorang lagi remaja ditembak anggota peronda pasukan keselamatan itu di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak setelah enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan berbuat demikian oleh dua anggota polis yang berada dalam kereta peronda.

Berikutan itu, salah seorang anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian perut remaja itu sehingga tembus ke bahagian usus.

Mohd. Azizi dikatakan sempat melarikan diri sejauh 1 kilometer dari tempat kejadian sebelum ditahan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian itu, anggota polis berpangkat konstabel yang bertanggungjawab melepaskan tembakan terhadap remaja itu dikenakan tindakan gantung kerja serta-merta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, anggota terbabit dikenakan tindakan itu kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai satu kesalahan menggunakan kuasa dan pihak kami amat memandang serius terhadap kesalahan ini.

“Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi seperti yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.

Menurut Osman, Mohd. Azizi kini telah menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di HTJ.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga remaja terbabit di atas insiden yang telah menimpanya.
“Polis memberi jaminan pihak kami akan menyiasat dengan lebih terperinci berhubung kes ini,” katanya.
Pada 26 April lalu, Aminulrasyid, 15, mati ditembak anggota polis selepas remaja itu enggan memberhentikan kenderaannya ketika dikejar di Seksyen 11, Shah Alam.

Sementara itu di HTJ, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, beliau memandang serius terhadap kejadian itu dan akan mengambil tindakan ke atas anggota terbabit mengikut undang-undang sedia ada.

“Kita akan mengambil tindakan ke atas anggota polis terbabit selepas semua laporan siap. Ketika ini, anggota polis terbabit digantung tugas dan pihak kementerian melahirkan rasa simpati ke atas keluarga remaja berkenaan,” katanya.

Abu Seman berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu setiap anggota polis melihat dan merujuk semula Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalankan tugas di mana sebelum memulakan tugas mesti ada pesanan atau arahan oleh ketua masing-masing.

“Setiap anggota polis perlu mendengar arahan ketua mereka terhadap tugasan yang diberikan dan mematuhi SOP kerja,” ujarnya.

Dalam pada itu, bapa remaja itu, Aziz Omar, 42, mendakwa, anaknya telah dipukul polis sebelum ditembak.
Aziz berkata, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Rahang pukul 12 tengah hari ini dan akan melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kes tembak itu. Utusan.

butii: gian nak menembak la tu.. agaknya kalau laksana qisas baru orang pikir 18x sebelum nak tembak..

06 May 2010

Kerajaan Timbang Beri Lesen Pertaruhan Untuk Piala Dunia

Photobucket

KUALA LUMP UR, 6 Mei (Bernama) -- Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

-- BERNAMA


butii: corodek terlajak ni.. ada pulak judi haram dan judi halal...

25 April 2010

Hukum Ilmu Wafaq.

وسُئل فسح الله في مدته : ما حكم علم الأوفاق ؟

فأجاب نفع الله بعلومه : بأن علم الأوفاق يرجع إلى مناسبات الأعداد وجعلها على شكل مخصوص ، وهذا كأن يكون بشكل من تسع بيوت مبلغ العدد من كل جهة خمسة عشر ، وهو ينفع للحوائج وإخراج المسجون ووضع الجنين وكل ما هو من هذا المعنى وضابطه بطد زهج واح ، وكان الغزالي رحمه الله يعتني به كثيراً حتى نسب إليه ولا محذور فيه إن استعمل لمباح بخلاف ما إذا استعين به على حرام ، وعليه يحمل جعل القرافي الأوفاق من السحر

-
الفتاوى الحديثية لابن حجر الهيتمي-

15 April 2010

Telan air ludah ustaz!

Photobucket
Berbagai sumber yang boleh diyakini memaklumkan kepada saya bahawa di Selangor ada seorang tokoh agama yang mengadakan 'upacara' orang ramai menelan air liurnya untuk keberkatan.

Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!

Ada banyak perkara yang boleh ditanya.

Demikian mudah nama Ahlus Sunnah dipergunakan dan tidak pula dikenakan tindakan oleh JAIS.

Jika ditanya mungkin ustaz itu –jika dia tahu- akan berkata ada hadis Nabi s.a.w pernah meludah mata 'Ali bin 'Abi Talib sehingga sembuh sakit matanya.

Atau mungkin riwayat lain yang dipertikaikan kesabitannya yang menyatakan kononnya Rasulullah s.a.w pernah meludah ke dalam mulut kanak-kanak pada Hari 'Asyura untuk melatih mereka terus berpuasa.

Riwayat ini dipertikaikan oleh sebahagian sarjana hadis. (lihat: Silsilah al-Da'ifah hadis ke 6749).

Apapun, soalan yang wajar ditanya, apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya setaraf dengan Nabi s.a.w atau seberkat baginda s.a.w sehingga dia pun hendak menyuruh orang lain menelan ludahnya?

Para sahabah Nabi s.a.w seperti para khalifah al-Rasyidin, atau para sahabat lain yang dijamin buat mereka syurga mempunyai berbagai kelebihan atau fadilat mereka yang dinyatakan sendiri oleh Nabi s.a.w.

Begitupun tidak pernah pun para sahabat ini semasa atau selepas kewafatan Nabi s.a.w membuat majlis dalam masjid atau luar masjid memanggil orang ramai menelan air ludah mereka untuk mendapatkan berkat.

Apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya sudah sampai ke suatu tahap yang menyamai Nabi s.a.w dan dia pula diberikan lesen besar oleh Jabatan Agama untuk mempromosikan 'kesucian' air ludahnya itu?baca lagi...

butii: ok la tu telan air liur, kalau telan air arak baru tak boleh.

01 April 2010

Hukuman ke atas Kartika diringankan atas sebab kemanusiaan

kartika

01/04/2010 6:19pm

KUANTAN 1 April - Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.

"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan,” titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor, di sini, hari ini.

Kartika Sari Dewi, 33, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang. - Bernama

Butii: astaghfiruLlah.. dari 40 tinggal 6, dari 6 tinggal 0.. hebat.. hebat..

25 March 2010

Tim Winter ulama kulit putih

Oleh SITI AINIZA KAMSARI


tim winter


Kaum kulit putih khususnya dari Eropah yang musyrik sering berbangga dengan darah Anglo Saxon yang mengalir dalam tubuh mereka.

Namun, bagi Tim Winter atau nama sebenarnya Timothy John Winter yang berketurunan Anglo Saxon tanpa segan mengakui bahawa beliau sebenarnya berketurunan Anglo-Muslim. Ia kesan secara langsung sebaik sahaja beliau memeluk Islam sekitar tahun 1970-an dahulu.

Anglo Muslim?

Perkara ini sebenarnya tidak pelik kerana jika kita kembali ke abad ke-18, di sekitar England telah wujud kelompok masyarakat yang dikenali sebagai Anglo Muslim atau Anglo-Mohammedan.

Jumlah mereka semakin berkembang dan kini dianggar terdapat lebih 100,000 warga kulit putih United Kingdom (UK) yang beragama Islam sama ada secara keturunan mahupun mualaf.

Jika dikaji semula sejarah, Islam bukanlah suatu agama yang baru bagi kalangan kaum kulit putih. Mungkin kebanyakan nenek moyang mereka dahulu beragama Islam.

Sekalipun tidak beragama Islam, Kristian yang mereka anuti cukup berbeza daripada aspek ibadat, amalan dan ajaran.

Sebagaimana yang diakui sendiri oleh Tim, datuknya merupakan dari generasi terakhir keturunan keluarga beliau yang mengakui kebenaran Kristian.

"Datuk saya tidak pernah menyentuh holy water sehingga ke akhir hayatnya," katanya.

Beliau kini ialah ulama Islam kulit putih yang sangat terkenal.

"Mengimbau zaman di mana anak-anak muda duduk semeja sambil minum kopi dan masing-masing berbicara mengenai apakah makna hidup, mengenalpasti di manakah sebenarnya kita berada dan ke arah manakah haluan hidup ini.

"Semua itu kononnya terjawab apabila ramai kalangan rakan memilih cara hidup hippie malah ramai juga yang terus menetap di India yang kononnya menjanjikan hidup penuh dengan adat ketimuran, eksotik dan kelas pertengahan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak seperti rakan-rakannya itu tetapi lebih memilih untuk ke Asia Barat atau lebih tepat, Islam.

"Saya memilih sesuatu yang secara radikal berbeza berbanding agama tradisi bangsa India atau Zen Buddha.

"Saya tidak memerlukan agama yang ganjil atau eksotik dan saya juga tidak bertujuan untuk mencari alternatif identiti yang baru untuk diri sendiri," katanya.

Apa yang pasti, Tim tidak lagi mengunjungi gereja kerana tidak dapat menerima konsep-konsep yang diketengahkan.

Ditanya adakah semua konsep itu tidak munasabah untuk diterima apatah lagi tanpa banyak soal, beliau menjawab: "Catatan mengenai Nabi Isa a.s boleh dilihat dari dua bentuk. Iaitu sebagaimana baginda diceritakan dalam sejarah dan kisah-kisah baginda dalam perjanjian baru.

"Tetapi adakah Nabi Isa yang diceritakan oleh kedua-dua sumber itu adalah dari individu yang sama?

"Ini kerana daripada kedua-duanya tidak ada yang sama dan berbeza-beza.

Tambahan pula, beliau tidak mempunyai kapasiti yang cukup kuat untuk mempunyai kepercayaan terhadap doktrin-doktrin yang abstrak.

"Sejauh pemahaman saya, Nabi Isa secara ultimatumnya guru kepada bangsa Yahudi yang membawakan mesej yang besar dari Injil Hebrews bahawa manusia boleh diterima di sisi tuhan atas kekuasaan tuhan yang mempunyai kuasa untuk mengampun," katanya.

Tuhan bagi Tim sedia untuk mengampun dan memberkati hidup hamba-hamba tanpa sebarang masalah, jauh sekali hasil daripada pengorbanan mana-mana pihak.

"Bagi saya itu darjah monoteisme paling tinggi bagi tuhan dan saya dapati ia menjadi ajaran utama dalam Islam," katanya.

Antara punca lain yang menarik Tim kepada Islam tidak sahaja isi kandungan al-Quran tetapi tentulah juga alunan bacaan ayat-ayat suci itu yang beliau sifatkan bagaikan daya tarikan sekuat magnet kepadanya untuk mendekati dan seterusnya mencintai Islam.

"Pernah semasa berada di Kaherah Mesir, saya sempat mengira sebanyak 38 kedai secara serentak memasang rakaman bacaan al-Quran di sana-sini, sepanjang hari.

"Pertama kali mengalami suasana seperti itu, dengan alunan bacaan al-Quran pelbagai jenis lagu itu menjadikan ia 'muzik' kegemaran saya.

"Malah saya tidak ragu-ragu mengatakan bahawa ia merupakan suatu seni Islam yang sangat hebat," katanya.

Namun pada asasnya Tim memeluk Islam selepas mengkaji dan membuat perbandingan pelbagai falsafah dan teologi agama dan beliau tidak menemui suatu agama yang amalannya begitu sempurna, selain Islam.

Berdasarkan kepada pengetahuan yang ada tidk sesuai lagi jika meletakkan Tim atau nama Islamnya Dr. Abdul Hakim Murad sebagai saudara Muslim. Sebab, pengetahuannya mengenai Islam persis beliau dilahirkan dan dibesarkan secara Islam, terlalu luas dan amat mendalam.

Lahir pada tahun 1960, beliau memegang ijazah kelas pertama dalam bahasa Arab dari Universiti Cambridge pada tahun 1983.

Atas minat dan cinta beliau terhadap Islam, Tim atau Abdul Hakim menyambung pengajian mengenai Islam di Universiti al Azhar, Mesir.

Beliau pulang semula ke England pada 1989 untuk menyambung pengajian di Universiti London bagi pengajian Turki dan Parsi.

Kini beliau merupakan pensyarah di Shaykh Zayed Pengajian Islam di Fakulti Diviniti Universiti Cambridge, juga merupakan Pengarah Pengajian Teologi di Kolej Wolfson dan baru-baru ini menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Oxford.

Apabila menyebut beliau berketurunan Anglo Saxon, sesuai dengan itu juga Abdul Hakim adalah Pengarah Pertubuhan yang dikenali The Anglo Muslim Fellowship untuk Eropah Timur dan memegang pelbagai lagi jawatan dalam dunia akademik dan pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan Islam.

Sudah tentunya, Abdul Hakim memberi sumbangan yang sangat besar dalam dunia Islam dengan menulis buku-buku, jurnal, artikel, syarahan, panel forum dalam pelbagai topik yang sangat menyentuh mengenai dunia dan ilmu-ilmu Islam.

Yang menarik, beliau antara bangsa kulit putih pertama menterjemahkan kitab-kitab muktabar ke bahasa Inggeris seperti, The Remembrance of Death and the Afterlife (Cambridge 1989) oleh Imam Al Ghazali.

Hikmah yang sangat besar apabila Tim memeluk Islam ialah kemampuan beliau berdakwah menyebarkan Islam terutamanya pada mereka yang sebangsa dengannya.

Usaha dakwahnya menjadi lebih berkesan kerana beliau begitu memahami soal bahasa dan budaya bangsanya sendiri.

Hujah-hujah yang padat dan bernas sentiasa diberikan dalam konteks hubungan Islam dan Barat (Kristian), dakwah, aliran-aliran seperti wahabi, sunni, syiah dan politik. ...baca lagi (utusan)

butii: bila agaknya malaysia nak lahir tokoh antarabangsa macam ni...

01 March 2010

Pendakwah bebas ditahan

Photobucket
(Gambar Hiasan)

KUALA PILAH 28 Feb. - Seorang pendakwah bebas yang berasal dari Perlis hari ini ditahan anggota Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika sedang berceramah di Maahad Ittiba Sunnah di sini hari ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan selepas beberapa kali diberi amaran dan gagal mematuhi arahan JHEAINS agar mendapatkan tauliah sebelum mengajar atau berceramah di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, turut ditahan ialah tiga pengikut kanan penceramah itu yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun.

"Sebelum ini, JHEAINS telah beberapa kali menasihatkan pendakwah itu supaya mendapatkan tauliah sebelum mengadakan ceramah.

"Malah kita telah mengeluarkan surat kepada penganjur iaitu Maahad Ittiba Sunnah supaya memohon dan mendapatkan keizinan JHEAINS beberapa hari lalu sebelum membenarkan pendakwah itu memberikan ceramah di situ," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi serbuan itu di sini hari ini.

Dalam serbuan pukul 11.30 pagi itu, pihak penguat kuasa turut merampas beberapa buah buku dan risalah, selain peralatan yang digunakan dalam ceramah di maahad itu yang terletak di Kilometer 1.5 Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat hampir 50 pengikut sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan pendakwah berkenaan.

Suasana menjadi kecoh seketika apabila sebahagian daripada pengikutnya itu tidak berpuas hati dengan tindakan JHEAINS.

Mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota penguat kuasa JHEAINS sambil mendakwa tindakan menangkap penceramah itu tidak wajar serta mencemarkan imej agama Islam.

Menurut Ahmad Husaini, sebahagian daripada pengikut ceramah itu merupakan kakitangan kerajaan, pesara dan ahli perniagaan.

"Kita telah memerhatikan pergerakan pendakwah bebas ini sejak beberapa bulan lalu dan kita dapati dia masih berdegil meneruskan kegiatannya walaupun telah beberapa kali ditegur," jelasnya.

Katanya, pendakwah bebas itu bersama pengikut kanannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk soal siasat dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini esok.

Katanya, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 kerana mengajar tanpa tauliah dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Tiga pengikutnya pula, kata beliau, boleh didakwa di bawah Seksyen 35 enakmen yang sama kerana bersubahat dan jika disabitkan kesalahan akan menerima hukuman dan denda yang sama. -Utusan.

butii: Perlis lagi...

18 February 2010

Jalanraya Bukan Untuk Upacara Agama

Photobucket
Rentetan daripada isu perarakan Maulidur Rasul yang timbul baru-baru ini, maka saya dengan ini mencadangkan agar semua agama tidak benarkan menggunakan jalanraya untuk sebarang upacara keagamaan sehingga mengganggu pengguna jalanraya yang lain.

Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini;


a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.

b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.

c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.

e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.

g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.

Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin.
Bukit Mertajam, S. Perai Pulau Pinang
17 Feb 2010

butii: ada jugak pendapat macam ni...

12 February 2010

MASALAH TEKNIKAL PUNCA KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM

Photobucket

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Abdul Aziz berkata, berikutan kerosakan itu, kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 September tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

"Kerosakan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya. – Bernama


butii: lawak ni.. beli kapal selam yang tak boleh selam..

10 February 2010

AWAS..!!! Ilmu ‘Pukau Mayat’.

Photobucket

Aku ingin menyebarkan cerita dari pengalaman sahabat ku Khairul yang terkena ilmu pukau mayat agar kita sentiasa peka dan awas dengan niat jahat pengamal durjana ini dan semoga dengan kejadian ini kita sentiasa berdoa kepada ALLAH dalam hidup harian kita agar dijauhkan dan dilindungi dari niat jahat orang seperti nya.

Kejadian berlaku pada 21hb November 2009 bertempat di kawasan letak kereta bangunan KLCC. Rentetan kejadian seperti diceritakan oleh isteri Khairul.

Sabtu 21hb jam 1:00 tghri

Khairul ke pejabatnya di KLCC untuk menyiapkan sedikit kerja yang perlu dibereskan, setelah kerjanya beres jam 6:30ptg Khairul ke ATM untuk mengeluarkan wang dan selepas itu pergi minum minum dengan kawan kawan nya sebelum bergegas turun untuk ke keretanya yang terletak di bangunan KLCC untuk pulang kerumah . Ketika menghampiri keretanya, dia didatangi seorang lelaki yang kononnya ingin menukar wang kecil untuk membayar parking . Dalam ketika itu lah lelaki itu memulakan niat jahatnya untuk memukau dengan menepok belakang Khairul tanda terima kasihnya setelah dapat menukar wang kecil.

Berikutan kejadian itu Khairul terus tidak ingat apa yang berlaku disekelilingnya seolah olah dia hilang ingatan dan seperti orang bodoh.

Usaha untuk menghubungi Khairul oleh isteri nya Zura tidak berjawab hanya jawapan voice mail yang diulang berkali kali di terimanya , tanpa menduga apa yang terjadi pada suami nya lagi pon suami nya sering pulang lewat kerana berjumpa dengan kliennya atas urusan kerja Zura pon melelapkan mata sambil menidurkan putri ke sayangan mereka.

Ahad 22hb November 2009.

Pagi itu setelah bangun dari tidur Zura terkejut kerana suaminya masih belum pulang dan tiada khabar berita yang diterima dari Khairul. Puas Zura hubunginya namun hanya voice mail yang diterima. Tanpa syak apa apa perkara buruk berlaku keatas suaminya Zura cuba menghubungi rakan rakan dan kenalan Khairul untuk memastikan suami nya selamat dan setelah hampir tengahari Zura cuba menghubungi Hospital2 untuk memastikan suaminya tidak mendapat apa apa kecelakaan.

Lewat petang masih tiada apa apa berita dari Khairul cuma sekali sekala sms dari telepon bimbit nya masuk mengatakan bateri nya ‘kong’ namun untuk menghubungi nya masih gagal untuk memastikan Khairul dalam keadaan selamat. Keadaan ketika itu menjadikan Zura , rakan rakan dan kerabat kerabat Khairul gusar dan gelisah takut ada masaalah besar berlaku pada Khairul.

Jam 10:00 malam satu laporan Polis telah dibuat setelah segala usaha untuk menghubungi Khairul gagal dan menemui jalan buntu. Dalam pada itu saudara mara Khairul berusaha mencari orang orang yang ‘pandai’ dalam hal hal ghaib untuk cuba mencari Khairul dengan cara kepakaran tersendiri.

Jam 11:30 mlm Zura mendapat sms mengatakan Khairul dalam perjalan balik dan berada di kawasan Shah Alam , namun usaha untuk menghubunginya masih gagal dan buntu.

Jam menunjukan 2:00 pagi namun Khairul masih belum balik, Zura pon naik keatas untuk melelapkan mata setelah lama menunggu . Dalam pada itu Zura masih tidak dapat melelapkan matanya sepenuhya mengenangkan nasib suaminya sepanjang hari dan masih menaroh harapan kepulangan Khairul.

Tiba tiba jam 2:30 pagi kereta Khairul muncul dihadapan pagar rumahnya, Zura yang dari tadi tidak dapat melelapkan matanya menjenguk dari tingkapnya agar suaminya keluar dari kereta namun setelah hampir 5 minit Khairul masih tidak kelihatan .Dengan rasa cuak dan takut kalau kalau ada orang lain dalam kereta Khairul, Zura dengan dibantu oleh ibu nya turun untuk mendapatkan Khairul yang masih didalam kereta.

Alangkah terperanjatnya kedua beranak itu setelah pintu kereta dibuka keadaan Khairul menggeletar , pucat lesi dan membisu seolah olah dalam kebingungan. Khairul dipapah kedalam rumah masih dalam kebingungan , tidak bermaya dan membisu. Zura memberitahu saudara maranya atas kepulangan Khairul. Malam itu setelah dimandikan Khairul dapat lelap tapi masih bod0h dan tidak kenal orang.

Isnin 23hb November 2009

Zura membawa Khairul berjumpa dengan seorang ustaz untuk dipulihkan , setelah dirawat dan dipulihkan baru lah Khairul kembali ke keadaan seperti dia. Namun apabila ditanya apa yang terjadi pada dia selama ini, Khairul mengatakan dia tidak ingat apa apa cuma dia ingat waktu keadaan di parking KLCC ketika dia dihampiri oleh seorang lelaki kurus tinggi berkulit gelap.

Dari pandangan ustaz , khairul telah dipukau untuk dijadikan orang suruhan kepada manusia yang tidak bertanggung jawab. Khairul seperti ZOMBIES yang boleh disuruh apa saja untuk kepentingan manusia durjana itu, dan mengikut kata ustaz lagi Khairul merupakan mangsa yang ke 113 dan kebanyakan mangsanya ialah orang muda. Sungguhpon wang RM1000 Khairul lesap namun dari segi logiknya masa kan kereta dan telepon bimbit Khairul tidak di ambil oleh pemukau itu. Zura dan keluarga bersyukur kerana dapat Khairul kembali seadanya dari tindakan cepatnya, berdoa dan dengan pertolongan dan kuasa Allah. Apa akan dan telah terjadi pada mangsa mangsa zombies yang lain ?????? hilang tanpa di kesan.

OLEH ITU AMBIL LAH IKTIBAR DAN AWASI LAH SETIAP LANGKAH KITA AGAR KITA TIDAK MENJADI MANGSA PEMUKAU MAYAT SETERUSNYA UNTUK DIJADIKAN ZOMBIES.

Dari pengalaman ngeri yang Khairul hadapi diatas maka disarankan agar kita jangan tinggalkan solat dan usahakan apa apa ayat pendinding dan amalan amalan doa harian agar ianya tidak terjadi pada orang yang kita kasihi.


Regards,
TTMSB NADIAH

Sumber Respeks Group.

03 February 2010

Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W

Photobucket
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:

1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Jika hendak memberi amaran kepada yang zalim, sebutlah kepada mereka ketika hayat masih di badan. Mungkin ada perkara yang boleh dibaiki, atau sekurang-kurangnya mereka diingatkan.

2. Menghina seorang sultan atau raja dan menghina seorang rakyat sama sahaja nilaiannya. Islam tidak pernah membuat kasta-kasta seperti ini. Seperti mana sultan tidak boleh dihina tanpa alasan yang benar, demikian juga seorang rakyat bawahan tidak boleh diperlakukan demikian.

3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah....baca lagi...


butii: disyorkan drmaza buat laporan ttg penghinaan terhadap ummul mukminin kat JAIS...

01 February 2010

Lelaki khalwat bukan ustaz

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 30-an dan pasangannya pelajar berusia 16 tahun oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam sebuah kereta di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, dekat Tendong, petang Khamis lalu.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, berkata pihaknya bagaimanapun menafikan lelaki ditahan itu seorang ustaz seperti didakwa ahli SRS itu sebaliknya kakitangan sebuah badan berkanun.  baca lagi...

butii: bukan ustaz pulak dah..

30 January 2010

Ustaz ‘lemas’ dalam kereta

Photobucket

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.

Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.


Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).


Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.


Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.


Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki...baca lagi...



butii: ada jugak berita macam ni... apa punya tut la..

29 January 2010

Hanya Masjid Yang Masih Berdiri Di Haiti



Apa kesamaan semua bencana alam di seluruh dunia? Mulai dari tsunami Aceh, Indonesia, sampai gempa bumi dahysat di Haiti baru-baru ini, ternyata hanya masjid lah yang tidak runtuh karena guncangan dan hantaman bencana alam tersebut.

Selasa (26/1) sekelompok Muslim dari komunitas Islam di Karibia, tiba di Port-au-Prince dengan membawa bantuan. Keesokan harinya, pemimpin tim berkata, "Kami sampai ke Haiti dengan selamat. Dan sekarang kami ada di Masjid Al-Tawhid di Port-au-Prince. Kami berada di jalan sepanjang malam. Sekitar pukul dua pagi, kami menyeberangi perbatasan ke Republik Dominika, sampai kami bertemu dengan saudara-saudara kami di Port-au-Prince.

“Sementara situasi masih berbahaya, dan kami belum mengambil langkah apapun untuk melindungi mereka. Kami bergantung pada Allah, Subhanallah. Kita tidak dapat berdiam diri ketika saudara-saudara kita tidak memiliki cukup makanan dan air. Seluruh kota jatuh dalam kekacauan. Siang dan malam orang-orang berdiri di antrian untuk minyak tanah. Saudara-saudara kita telah membantu kami membongkar truk. Mereka, istri-istri mereka dan anak-anak mereka senang melihat makanan dan minuman. Melihat kami, mereka mengucapkan takbir ‘Allahu Akbar!’ Mereka menunggu kami. Setelah pembongkaran, kita melakukan shalat tahajjud berjamaah. Semoga Allah membantu kita semua!” baca lagi...

25 January 2010

Johor


Daerah Johor Bahru

Daerah Batu Pahat

Daerah Muar

Daerah Segamat

Daerah Kluang

Daerah Pontian

Daerah Kota Tinggi

Daerah Mersing

Terengganu


Daerah Dungun

Daerah Besut

Daerah Hulu Terengganu

Daerah Kemaman

Daerah Kuala Terengganu

Daerah Marang

Daerah Setiu

Melaka


Daerah Alor Gajah

Daerah Jasin

Daerah Melaka Tengah

Negeri Sembilan


Daerah Jempol

Daerah Kuala Pilah

Daerah Port Dickson

Daerah Rembau

Daerah Tampin

Daerah Seremban

Daerah Jelebu

Daerah Kecil Gemas

Kelantan


Jajahan Kota Bharu

Jajahan Pasir Mas

Jajahan Pasir Puteh

Jajahan Bachok

Jajahan Kuala Krai

Jajahan Jeli

Jajahan Tanah Merah

Jajahan Gua Musang

Jajahan Tumpat

Pahang


Daerah Bentong

Daerah Cameron Highlands

Daerah Jerantut

Daerah Kuantan

Daerah Lipis

Daerah Pekan

Daerah Raub

Daerah Temerloh

Daerah Rompin

Daerah Maran

Daerah Bera

Selangor


Daerah Petaling


Daerah Klang

Daerah Gombak

Daerah Hulu Langat

Daerah Sepang

Daerah Kuala Langat

Daerah Kuala Selangor

Daerah Hulu Selangor

Daerah Sabak Bernam

Pulau Pinang


Daerah Timur Laut

Daerah Barat Daya

Daerah Seberang Perai Tengah

Daerah Seberang Perai Selatan

Daerah Seberang Perai Utara


24 January 2010

Kedah


Daerah
Kota Setar

Daerah Kuala Muda

Daerah Baling

Daerah Kulim

Daerah Kubang Pasu

Daerah Yan

Daerah Sik

Daerah Pendang

Daerah Padang Terap

Daerah Langkawi

Daerah Bandar Baharu

Perak

Daerah Hilir Perak

Daerah Batang Padang

Daerah Kinta

Daerah Manjung

Daerah Kecil Selama

Daerah Kuala Kangsar

Daerah Larut dan Matang

Daerah Pengkalan Hulu

Daerah Kecil Ipoh

Daerah Hulu Perak

Daerah Kecil Gopeng & Kampar

Daerah Kecil Sungai Siput

Daerah Kecil Slim River

Daerah Lenggong

Daerah Perak Tengah

Daerah Kecil Kampung Gajah

Daerah Kerian

20 January 2010

Lafaz Basmalah

Photobucket

Lafaz Ta'awwuz

Photobucket

Masru' & Majnun

Photobucket

Photobucket

Ayat-ayat al-Shifa'

Photobucket

11 January 2010

Jadual Pengajian

  • Jadual ini akan berjalan mengikut minggu seperti berikut:-

Minggu Pertama - Jauharah al-Tauhid (Tauhid)

Minggu Kedua - Fath al-Muin (Fiqh) / Idoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah (Qawaid Fiqh)

Minggu Ketiga - Risalah al-Muawanah (Tasauf)

Minggu Keempat - Riyadh al-Solihin (Hadith)

05 January 2010



03 January 2010

Apakah hukum menyertai cabutan bertuah dengan membeli borang penyertaan yang berharga RM10.00?

Jawapan: Dalam persoalan ini beberapa persoalan haruslah difahami terlebih dahulu supaya hukum yang bakal diletakkan nanti sesuai dengan keadaannya.

Pertama sekali kita perlu tahu apakah unsur2 yang menjadikan sesuatu itu judi.
jawapannya: apabila hadiah yang ditawarkan itulah semuanya bersumberkan dari orang yang menyertai pertandingan tersebut.

dalam hal ini, sekiranya hadiah disediakan oleh pihak ketiga seperti telahpun mempamerkan sebiji motor kepada pemenang cabutan bertuah maka jelaslah bahawa pertandingan tersebut tidak langsung mempunyai unsur2 judi. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bajuri di dalam hashiayahnya

يجوز شرط العوض من غير المتسابقين

Jadi mungkin timbul persoalan di sini untuk apakah yang dibuat dengan borang pendaftaran yang berharga RM10.00 itu? Yang itu kenalah tanya kepada pihak penganjur sama ada dia nak buat bayaran service atau sewa tapak dan sebagainya...

rentetan daripada itu, sekiranya hadiah yang disediakan bukanlah semuanya daripada penyertaan para peserta contohnya 10 peserta terawal tidak dikenakan bayaran maka ia sudah terkeluar dari erti kata judi kerana di situ sudah terdapat muhallil iaitu orang yang tidak rugi apa2 yang menjadikan pertandingan apatahlagi cabutan itu harus.

sekiranya penyertaan cabutan tersebut adalah hasil dari sesuatu belian maka adalah lebih jauh lagi dari dianggap judi kerana ianya bukanlah maksud utama bagi mendapat keuntungan contohnya dengan mengisi minyak RM30.00 maka anda layak menyertai cabutan bertuah.Wallahua'lam

Apakah hukum memberi daging sembelihan qurban atau aqiqah kepada orang bukan Islam?

Jawapan :Di dalam kitab Mughni al-Muhtaj menyatakan:

( و ) تحل لشخص ( كافر ) ففي الصحيحين في كل كبد رطبة أجر وأما حديث ولا يأكل طعامك إلا تقي أريد به بالأولى
تنبيه قضية إطلاقه الكافر أنه لا فرق بين الحربي وغيره وهو ما في البيان عن الصيمري والأوجه ما قاله الأذرعي من أن هذا فيمن له عهد أو ذمة أو قرابة أو يرجى إسلامه أو كان بأيدينا بأسر ونحوه فإن كان حربيا ليس فيه شيء مما ذكر فلا

maka harus kita memberi sembelihan sunat kepada orang kafir yang bersikap baik terhadap orang Islam di samping dengan usaha ini dapat melembutkan hati mereka untuk menerima Islam. Wallahua'lam.

Haram tetap HARAM!

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.